Friday, December 23, 2011

AYAH....[Ayah Adalah Yang Terhebat ]

Al-Fatihah tuk arwah ayah yg pergi tggalkn family kami pada 17/12/11...

Ayah Adalah Yang Terhebat ...

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kamu perlukan…. .

Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..

Ayah menghentikan apa sahaja yang sedang di kerjakannya, walaupun kamu hanya ingin berbual…

Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…

Ayah akan berkata “tanyakan pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.

Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya menginap di rumah rakan tanpa izin

Perasaan terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu seperti gaya caranya….

Ayah lebih bangga melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….

Ayah hanya akan bersalam dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia memeluk mu, mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.

Ayah tidak suka menitiskan air mata ….

ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau bermimpi sesuatu yang buruk…

Tetapi, ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.

Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”

Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”

Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”

Ayah dapat membuat mu percaya diri… kerana dia percaya kepada mu…
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik….Dan terpenting adalah… Ayah tidak pernah menghalang mu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana cintaNya.

Tuesday, December 6, 2011

40 CIRI ANAK SOLEHAH

1.MENGHAYATI TUGAS IBU BAPA
2.HORMAT DALAM UCAPAN DAN PERBUATAN
3.MENUNDUKKAN DIRI DI HADAPAN IBU BAPA
4.MENJAGA KEHORMATAN IBU BAPA
5.MENGUTAMANKAN KEPENTINAGN IBU BAPA DARI KEPENTINAGN ORANG LAIN
6.MENGUTAMANKAN KEPENTINAG IBU DARIPADA KEPENTINAG BAPA
7.MENGHORMATI AGAMA IBU BAPA
8.MENGAJAK IBU BAPA BERTAUHID KEPADA ALLAH
9.MENDORONG PERJUANGAN TAUHID IBU BAPA
10.MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERBUTAN SYIRIK IBU BAPA
11.TIDAK BOLAH MENINGGIKAN SUARA DI DEPAN IBU BAPA
12.MERELAKAN HARTA YANG DIAMBIL IBU BAPA
13.MEMOHON KEAMPUNAN KEATAS DOSA2 IBU BAPA
14.MEMENUHI NAZAR HAJI IBU BAPA YANG TIDAH TERLAKSANA
15.MEMBETULKAN WASIAT IBU BAPA YANG KELIRU
16.MENGUTAMAKAN WASIAT IBU BAPA SEBELUM ANAK MENINNGAL
17.MENGEKALKAN KEBAJOIKAN IBU BAPA SETELAH MENINGGAL DUNIA
18.MEMENUHI KEPERLUAN IBU BAPA USIA LANJUT
19.MEMOHON KASIH SAYANG ALLAH UNTUK IBU BAPA
20.MEMBANTU IBU BAPA YANG TELAH MENINNGAL DUNIA DENGAN AMAL SOLEH
21.MEMBANTU USAHA IBU BAPA
22.MEMBANTU IBUBAPA MENGERATKAN SILATURRAHIM SAUDARANYA
23.MENYAMBUNH EKATAN SILATURRAHIM DENGAN SAHABAT IBU BAPA
24.TIDAK MENINGKARI KETURUNAN IBU BAPA
25.BERUSAHA MENYENANGKN HATI IBU BAPA
26.TIDAK MASUK KE BILIK PERIBADI IBU BAPA TANPA IZIN
27.TIDAK BOLEH BERDENDAM DENAGN IBU BAPA
28.TIDAK BOLEH MERASA DAPAT MEMBALAS JASA IBU BAPA
29.MEMINTA IZIN IBU BAPA SEBELUM PERGI BERJIHAD
30.MEMBAYAR HUTANG IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINNGAAL DUNIA
31.TIDAK BOLEH MENYUSAHKAN HATI IBU BAPA
32.KEWAJIPAN KEPADA IBU BAPA SETELAH ANAK BERKELUARGA
33.TIDAK BOLEH MAKAN HARTA IBU BAPA TANPA IZINNYA
34.MEOHON KEAMPUNAN KE[PADA IBU BAPA
35.MENCERAIKAN ISTERI YANG DIPERINTAHKAN IBU BAPA
36.MEMNGGIL PANGGILAN IBU BAPA DENGAN PANGGILAN TERPUJI
37.TIDAK BOLEH MENGQISHASH IBU BAPA YANG MEMBUNUH ANAKNYA
38.TIDAK BOLEH MEMBUNUH IBU BAPA YANG KAFIR YANG BERADA DI PIHAK MUSUH
39.MEMOHON BANTUAN DOA IBU BAPA
40.MEMERDEKAKAN IBU BAPA DARI PERHAMBAAN

OK..INILAH ANTRA CIRI2 ANAK SOLEHAH