Thursday, November 24, 2011

perempuan dan lelaki

perempun,
jangan berkecil hati dsaat ada lelaki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga dirimu.
andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal.
maka biarlah. dan diamkanlah..
jangan kau terasa hati,
... lantas memurahkan diri..

jangan perempuan.
jangan begitu mudah berpaling.
jangan begitu mudah berubah arah.

lelaki.
maaflah bila kami bukan jenis yang happy go lucky.
maaflah bila kami bukan jenis yang bubbly.
maaf juga bila kami jenis yang pendiam.
membosankan bila diajak bicara.
tidak up to date dipandangan mata.
tidak mempersona.
dengan cara dan gaya.

maaf.
bila itu menyusahkan kamu.
bila itu bukan pilihan kami.
bila kami memilih untuk menjauh.
bila kami memilih untuk menjarak.
bukan kerana kami menyombong.
tapi kerana kami takut.
menjadi fitnah buat kamu,
tanpa kami sedari..
tapi kerana kami bimbang.
menjadi pelemah iman laki-laki ajnabi tanpa kami sedar diri.

lelaki,
andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami ;
membentengi diri,
membina tembok melindungi hati..
jangan tersalah tafsir tingkah kami.
sungguh menjadi fitnah buat laki-laki adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami…

~♥~Nasihatilah diriku andai terlihat akan kekhilafanku~♥~

►►Sungguh diriku sedang usaha berubah ke arah kebaikan..◄◄

►►Sungguh diriku mengharapkan keampunan dariNya..◄◄

►►Sunguh diriku penuh debu-debu dosa..◄◄

►►Sungguh diriku sering terlanjur kata dan sikap yang tidak ku nampak..◄◄

►►Sungguh diriku perlukan cermin bagi terlihat dimanakah keburukanku..◄◄

⊱✽ ✽⊰ Maafkan diriku andai diriku terminta lebih..Sungguh diriku hanya berharapkan teguran dan nasihat..Hanya itu ku pinta sahabatku yang amat ana kasihi..⊱✽ ✽⊰

⊱✽ ✽⊰ Kalian semua adalah cermin diri ana..Yang ana tak nampak akan keburukan yang sering ana lakukan..Nasihatmu menyelamatkanku..Pujianmu menghanyutkanku dengan mainan duniawi..⊱✽ ✽⊰

~✿~❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋~✿~
~✿~Terima kasih ya kerana sudi bersahabat dengan ana walau selalu buat kalian~✿~ ~✿~terasa..Sungguh amat ana hargai amanah dan persahabatan ini..^__^ ♥~~✿~
~✿~❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋❋~✿~

jenis2 SEDEKAH

-Bertasbih itu merupakan sedekah
-Setiap takbir juga merupakan sedekah
-Tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah
-Setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf itu sedekah
-Melarang orang membuat mungkar itu juga sedekah
-Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah
-Senyum pun sedekah
-Bagi duit pada orang susah @ orang yang memerlukan itu sedekah

Wednesday, November 23, 2011

-Surat Untuk Abang Dan Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata engkau tak baik? Atau engkau sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah juga.Mulut tetap juga mengata orang
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana engkau nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: kenapa nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah pada pandangan suami kita sahaja.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia??
tepuk dada,tanya iman..=)
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥

Tuesday, November 22, 2011

~~JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU "Hargailah ia sebelum terlewat."~~

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami...,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami...,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
"Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..."

"Sesungguhnya di saat seorang suami memandang isterinya..dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih sayang & cinta..maka Allah memandang mereka dengan kasih mesra..Dan jika si suami membelai tangan isterinya maka dosa-dosa mereka jatuh berguguran di celah jari-jari tangan mereka"(HR maisyarah)

APA TANDA TANDA HATI ITU MATI..?

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku menyintai Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah , tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentang hawa nafsunya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri dgn keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Pergi Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaranya se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripada kematiannya

Saudaraku sekalian adapun cara mengobati hati agar tidak kotor,sakit dan juga mati telas dijelaskan oleh seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA berkata :

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut" :

1) Bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

2) Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

3) Bangun (beribadat) di waktu malam (untuk memberi cahaya hati)

4) Menghampirkan diri kepada Allah beribadat (zikirullah) di sepertiga malam

5) Dan sentiasa bersama-sama di dalam majlis ilmu orang-orang yang soleh ”.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredhai Allah.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda tanda matinya hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika telah berbuat sesuatu pelanggaran dan dosa,dan tidak mau bertaubat.

Sahabatku sekalian hati mati itu adalah disebabkan kerana tiga perkara iaitu;
• Hubbul dunia (kasihkan dunia)
• Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
• Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat.

Adapun ciri Hati Hidup itu kerana tiga perkara juga iaitu;
• Zuhud dengan dunia,dan sentisa bersiap demi akhirat
• Zikrullah ( sentiasa mengingati Allah) dalam segala keadaan
• Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah atau orang-orang yang berilmu

Sunday, November 20, 2011

23 Kelebihan mereka yang mendapat Ilmu Allah SWT

1- Belajar ilmu mendapat pahala.

2- Mencari ilmu adalah ibadah.

3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam.

4- Menyelidik ilmu menyamai jihad.

5- Mengajar ilmu menyamai sedekah.

6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meninggikan martabat di dalam Syurga.

7- Menjadi sahabat ketika kesunyian.

8- Menunjuk jalan kepada kesenangan.

9- Penolong ketika menghadapi kesukaran.

10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat.

11- Senjata dalam menghadapi musuh.

12- Meninggikan martabat sesuatu kaum.

13- Menjadikan insan pilihan Para Malaikat.

14- Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut.

15- Dapat menghidup hati yang mati.

16- Menjadi pelita kepada kegelapan.

17- Memberi kekuatan kepada yang lemah.

18- Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat.

19- Memerhati ilmu menyamai puasa.

20- Menyambung hubungan Silatul Rahim.

21-Dapat membezakan yang halal dan yang haram.

22- Orang yang mendapat ilmu daripada Allah SWT akan bahagia dalam hidup.

23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah SWT kehidupannya akan celaka dan rugi.

Tuesday, November 15, 2011

kiamat semakin hampir

.....SALAM SEMUA......
1- Kemunculan Iman Mahdi,
2- Kemunculan Dajjal,
3- Kemunculan keturunan Hazrat Isa (AS),
4- Kemunculan Yajooj dan Majooj,
5- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur,
6- Pintu pengampunan akan ditutup,
7- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
8- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shgga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
9- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
10- Pemusnahan Kabah,
11- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
12- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya, maka binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh,
13- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya, akan membangkitkan semua ciptaan Allah danbertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi.

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
..."Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"....

Friday, November 11, 2011

3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat

ANDA PERCAYA?
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.

8 SIFAT WANITA PUJAAN HATI LELAKI..!~

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

copy from : http://seindahbidadari.blogspot.com/2011/11/8-sifat-wanita-pujaan-hati-lelaki.html?spref=fb

10 pesanan Rasulullah S.A.W

Pesan-pesan nabi tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya solatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka
katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Friday, November 4, 2011

Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Thursday, November 3, 2011

OH problems, I've ALLAH

‎____________1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ° °ĀŗoĀŗ°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥✿♫•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ļ·²♥.♥ļ·²¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ļ·²♥.♥ļ·²¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

aku dan dia dah putus…

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA :
BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

SITI YANG PATUT DI JADIKAN CONTOH KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Muhasabah Ya Ummah

Siapa Kita,Apa Tanggungjawab Kita,Di Mana Mahabbah Kita,Ukhuwah Kita?????Muhasabah Ya Ummah!!!~~~~)


Kisah 3 orang lelaki.....

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..

*Silalah share untuk kawan2 yang lain..^^,

CIRI-CIRI SUAMI DAMBAAN MUSLIMAH

"KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti."

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan hartaƂ dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Wednesday, November 2, 2011

APABILA SANGKAKALA DITIUP...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

GADIS AYU TEMPAH BILIK DI NERAKA , kisah benar

October 16th, 2006

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

“Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, ” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandubas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.



Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang- undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, November 1, 2011

5 CARA MEMBERSIHKAN HATI

1) Perbanyakkan zikir kepada Allah
“Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingat) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.” (HR. Bukhari)

2) Mengingat kematian
“Perbanyakkan mengingat sang penghancur kenikmatan, yakni kematian”. (HR Tirmidzi)

3) Ziarah kubur
“Dulu aku pernah melarangmu ziarah ke kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingat akhirat, dan membuatmu tak mengucapkan perkataan yang buruk”. (HR. Al-Hakim)

4) Mengunjungi orang-orang yang shalih
“Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau wangi daripadanya”. (HR. Abu Dawud)

5) Mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim.
“Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan mereka sebahagian dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.” (HR. Thabrani)


1/11/11