Thursday, January 31, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Tuesday, January 8, 2013

:::..MENGAPA KITA PERLU MEMBACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK MEMAHAMINYA..:::

Mengapa Kita perlu Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca? Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata, ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita. ^^ *sem0gabermanfaat* [copy n paste]

Saturday, January 5, 2013

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI

~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia 1. Memilih jodoh Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini. 2. Memilih bakal isteri Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan. 3. Memilih bakal suami Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut: -Beragama -Berakhlak mulia -Beradab -Mempunyai harta dan keturunan mulia Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga. 4. Meminang Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan. 5. Mas kahwin Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan. Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis: 1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis: -Mahar musamma al-Mua'jjal Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera. -Mahar musamma al-muajjal Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang. 2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri... 6. Hantaran Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'. 7. Kenduri kahwin Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu. Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan. (Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Wednesday, January 2, 2013

"Menangis di hari kahwin"

Ramai tak jelas dengan status "Menangis di hari kahwin" tadi. Ni nak kasi jelas sikit lah ya. Baik, semua letakkan diri di tempat ibu bapa sekarang. Bayangkan, sekarang anak anda itu dan suaminya di dalam majlis perkahwinan. Ini situasinya:- 1. Anak anda itu pakai baju pengantin tak mengikut kehendak syarak. Trend tudung masuk ke dalam baju, dada tertonjol, cutting kasi baikk punya. Utk majlis pula, tudung entah ke mana. Pengantin lelaki pula pakai inai di jari padahal itu khusus utk perempuan sahaja. 2. Selepas itu, ada acara-acara seperti membatalkan air sembahyang yang juga bukan dari syarak misalnya cium pipi, hidung, mulut depan orang ramai dan diambil gambar cium tu. 3. Selepas itu, ada sesi fotografi yang merakamkan gambar anak dan suami di tempat tidur, baring dan sebagainya yang tidak menepati syarak. Pakai dah tak pakai syarak, semua orang menontonnya secara percuma. 4. Gambar dan video yang menonjolkan watak anak anda dan suaminya yang mendedahkan aurat tadi, diupload di fb dan youtube utk tontonan umum. Sebarkan lagi benda tak syarie. 5. Anak anda buat salah di hari perkahwinan, tapi suaminya diam membisu tak tegur pun. Suami tak berguna? 6. Duit yang banyak mungkin telah dibazirkan dengan hantaran yang mahal-mahal dan mahar yang menyusahkan pihak suami. 7. Bersanding dengan pakaian mendedah aurat yang jelas. Bersanding sampai terbabas waktu solat. Bersanding dengan penuh tabarruj. Patutkah anda menitiskan air mata kegembiraan dengan situasi yang disebut di atas? Patutkah? Gembira sebab: 1. Anda gagal jadi ibu dan bapa yang baik? 2. Anda berjaya membiarkan anak tayang aurat di khalayak? 3. Anda berjaya menikahkan dengan suami yang tak berani tegur kesalahan isteri? 4. Anda berjaya mendapatkan title dayus utk diri anda sebagai bapa, dan dayus kepada si suami anak. Sepatutnya anda menangis sedih bila situasinya adalah seperti di atas. Ya, saya faham anda menangis kerana sebab-sebab tersendiri. Kenangan bersama, terharu, anak paling disayangi, pengalaman kehidupan dan sebagainya. Tapi, takkanlah anda menangis disebabkan alasan personal, tetapi tidak menangis dengan kesalahan-kesalahan yang anak anda lakukan di khalayak ramai ni? Cer fikir logiknya. -- Yang mana pernah buat semua di atas, peluang bertaubat sentiasa ada. Bertaubatlah sebab kejahilan yang lepas. Harap generasi akan datang tidak lagi buat salah yang sama. Ni tahun 2013. Tak perlu repeat kesalahan pengantin lain di tahun 2012 dan sebelumnya. copy paste from https://www.facebook.com/syahiruldotcom?ref=stream