AMIR BIN SAID DARI BERKATA BAHWA:"SATU HARI RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM TELAH DATANG DARI DAERAH BUKIT.APABILA RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM SAMPAI DI MASJID BANI MU'AWIYAH LALU BELIAU MASUK KE DALAM MASJID DAN MENUNAIKAN SOLAT DUA RAKAAT.MAKA KAMI PUN TURUT SOLAT BERSAMA RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM.
KEMUDIAN RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM BERDOA DENGAN DOA YANG PANJANG KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA:
SETELAH SELESAI BELIAU BERDOA MAKA RASULULLAH SOLLALLAHU SOLLALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM PUN BERPALING KEPADA KAMI LALU BERSABDA YANG BERMAKSUD:AKU TELAH BERMOHON KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA 3 PERKARA,DALAM 3 PERKARA ITU CUMA DIA MEMPERKENANKAN DUA PERKARA DAN SATU LAGI DITOLAK.
- AKU TELAH BERMOHON KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA SUPAYA DIA TIDAK MEMBINASAKAN UMATKU DENGAN MUSIM SUSAH YANG BERPANJANGAN.PERMOHONANKU INI DIPERKENANKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
- AKU TELAH BERMOHON KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA SUPAYA UMATKU INI JANGAN DIBINASAKAN DENGAN BENCANA TENGGELAM (SEPERTI BANJIR BESAR YANG TELAH MELANDA UMAT NABI NUH ALAIHI SALAAM)PERMOHONANKU INI TELAH DI PERKENANKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA.
- AKU TELAH BERMOHON KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA SUPAYA UMATKU TIDAK DIBINASAKAN KERANA PERGADUHAN SESAMA MEREKA(PEPERANGAN,PERGADUHAN ANTARA SESAMA ISLAM)TETAPI PERMOHONANKU TELAH TIDAK DIPERKENANKAN(TELAH DITOLAK)
APA YANG KITA LIHAT HARI INI IALAH NEGARA-NEGARA ISLAM SENDIRI BERGADUH ANTARA SATU SAMA LAIN,HARI INI ORANG ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI,ORANG KAFIR MENEPUK TANGAN DARI BELAKANG,APAKAH INI CANTIK/SUKA KITA MELIHATNYA?
No comments:
Post a Comment