Monday, January 10, 2011

Kehinaan Riak (menunjuk-nunjuk)-ذم الرياء


الحمد لله ربّ العالمين, نحمده  ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضلّ له, ومن يضلل فلا هادي له, أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله, ولا نبيّ بعده. أمّا بعد

Segala puji dan sembah bagi Allah Tuhan sekalian alam, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan dengan-Nya dan memohon ampun darinya, dan kami berlindung dengan Allah dari kejahatan kami dan dari dosa amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada sesat baginya. Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, dan tiada nabi selepasnya..

Sesungguhnya telah termaktub mengenai kehinaan riak di dalam al-kitab dan as-sunnah. Di antaranya ialah Allah 'azza wa jalla berfirman yang bermaksud:"Celakalah bagi orang yang bersolat, yang mana mereka lalai di dalam solat, juga mereka yang menunjuk-nunjuk." (surah al-Maa'un #4,5 dan 6)

Allah 'azza wa jalla juga berfirman yang bermaksud: "Maka barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka beramal lah dengan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu di dalam ibadah kepada Tuhannya." (surah al-Kahfi #110)

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang menakutkan, yang mana aku takut berlaku ke atas kalian ialah syirik kecil." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Nabi menjawab: "ar-riak (menunjuk-nunjuk). Allah ta'ala akan berkata kepada mereka (orang yang riak) di masa hari penghitungan amalan: "Pergilah kamu kepada apa yang kamu pamer-pamerkan semasa kamu di dunia. Adakah kamu mendapati apa-apa kebaikan dari perkara yang kamu pamer-pamerkan itu?"(riwayat Ahmad #5/428, 429)

Dari dalil kedua dan ketiga, kita dapati istilah syirik dan syirik kecil. Seperti mana yang disebut Nabi dalam hadis di atas, ketahuilah!! sesungguhnya riak itu termasuk di dalam syirik kecil.

Sesungguhnya ar-riak (menunjuk-nunjuk) itu adalah dari ar-ru'yah (penglihatan) dan as-sum'ah (memperdengarkan) dari as-sama'u (pendengaran).

Di sini, saya akan bawakan kepada kalian pecahan bagi riak.
  1. Riak di dalam agama.
  2. Riak di dalam penampilan/pakaian.
  3. Riak di dalam percakapan.
  4. Riak di dalam amalan.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dari hipokrit, dan amalan kami dari riak, dan lidah dari berbohong, dan dari khianat dengan amanah.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kami.

InsyaAllahu ta'ala, di lain kali akan saya bawakan huraian mengenai bahagian-bahagian atau pecahan-pecahan riak yang di atas. Nantikan sambungannya. (itu pun kalu orang masih sudi nak baca)... ;-)

Nasrullah Al-Qadahi, Sana'a, 15:45-09/01/11
Edited: 16:10-09/01/11
-Rujukan: Tafsir al-Quranul Karim, Musnad Ahmad, Mukhtashar Minhaj al-Qashidin.

No comments:

Post a Comment