“Segala keinginan duniawi pasti terpadam bilamana mati sentiasa diingatan..”
Ramai yang takut, seram bila berbicara mengenai mati..
Bila kita cuba bincang atau menyebut mengenai kematian, cepat-cepat mengelak ke topik lain, katanya “ish..jangan sebut la mati-mati ni”.
Sebenarnya, tak salah mengingati mati, malah dengan mengingati mati, keinginan melampau terhadap dunia pasti tertunduk, hati juga akan makin dekat dengan Pencipta Yang Esa.
Nabi bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.
Tidak dinafikan lagi kebenaran sabda Baginda,umat manusia sekarang amat mencintai dunia,
terlalu risau bila tidak cukup wang, tapi tak risau dengan dosa yang bertambah
tak senang duduk bila kerje ofis lambat siap, tapi tak sedikit pun terkilan bila lambat solat
sumber pendapatan tak diteliti sumber halal haramnya, yang penting dapat memenuhi kehendak dihati
berita kematian seringkali didengar di akhbar, di internet tapi jarang yang diambil iktibar
Pernah tak tiba-tiba kita teringatkan mati, sungguh menggerunkan bila kematian tiba di saat kita belum bersedia. Contohnya semasa membaca tulisan ini, mesti terbayang difikiran pelbagai tanggungjawab masih belum diselesaikan. Bukan lagi kerje dunia difikirkan, tetapi tanggungjawab sebagai hamba.
Adakah dosa dengan ibubapa telah terampun? Sempurnakah solat,puasa,zakat kita sebelum ini?
Jika yang telah berkahwin, apakah tiada lagi kesalahan yang belum dimaafkan oleh pasangan?
Jika sebagai isteri, adakah suami meredhai? Redha Allah terhadap wanita, bergantung juga kepada redha suami terhadapnya. Sungguh menakutkan bila mengingati kematian.
Bagaimana dengan tanggjawab terhadap anak-anak? Adakah sempurna / telah berusaha sedaya upaya mendidik dan menjaga amanah Allah?
Belum lagi difikirkan kemana rezeki kurniaan Tuhan yang dibelanjakan sebelum ini, adakah dibelanjakan ke arah kebaikan atau sekadar memenuhi keinginan dunia? Kerana setiap yang digunakan, pasti dihisab.
Jika mati sentiasa diingatan,
tiada lagi masa dibazirkan,
tiada lagi kekayaan harta diimpikan,
tiada lagi syahwat diturutkan,
tiada lagi nafsu amarah bertandang di hati,
tiada lagi segala-gala yang menjadi asbab Allah dilupakan
Bukan pula bermakna dunia perlu ditinggalkan,
tapi berusahalah sedaya untuk mencari bekal diakhirat
Menggunakan dunia untuk jalan ke akhirat..
Ingatlah mati untuk melembutkan hati,
Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Mati itu pasti!
No comments:
Post a Comment