Acapkali ada suara - suara lantang kedengaran membahaskan ketidakpuasan hati dari sebahagian mereka - mereka ini yang menganggap tidak diperlakukan dengan baik bahkan mengutarakan isu -isu mengenai kebebasan wanita dan kesetaraan mutlak antara lelaki dan perempuan. Sebelumnya ribuan kemaafan dipohon sekiranya ada kata - kata ana yang menyinggung hati sesiapa, namun tiada niat lain sekadar melontarkan buah fikiran dan berkongsi perkara yang terkadang terlepas pandang oleh kita.Bukanlah niat membela sesiapa cuma sekadar mengingatkan diri dan sahabat - sahabat ana yang dicintai. Bukankah sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah swt tidak akan sesekali membiarkan sahabatnya mendekati bahkan mungkin terjatuh kepada lembah kebinasaan yang dicipta oleh diri kita sendiri ditambah pula oleh pertolongan - pertolongan kaum kerabat syaitan dan hawa nafsu semata - mata. Ana menyayangi kalian dan mengharapkan agar terjalinya ukhwah kita bukanlah semata - mata hubungan atas talian dan tidak dimanfaatkan. InsyaAllah semoga kita sentiasa kasih mengasihi kerana Allah swt. ^_^
Ana juga seorang perempuan dan tidaklah salah kiranya ana cuba untuk membetulkan ideologi sesetengah dari kita kaum hawa yang cuba menegakkan sesuatu berasakan keinginan hawa nafsu tanpa cuba mencari asas yang kukuh yakni kembali kepada al - quran dan hadis sebagai asasnya. Bahkan sungguh rugi apabila seorang perempuan itu sanggup mengatakan "syariat Islam" terlalu banyak membatasi bahkan mengekang kebebasan kaum hawa.
Disini ana kongsikan antara hal - hal yang sering di hujahkan :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Itulah antara sebabnya yang sering mereka jadikan modal dan tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA" dari jerat Agama & Kekangan Moral Etika. NAMUN marilah kita sama - sama bermuhasabah dan melihat sebaliknya (kenyataannya)?
Silakan sahabat -sahabatku yang dicintai =)
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai serta disimpan ditempat yang terlindung/terjaga dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita, ia perlu dijaga dari sambaran nafsu mata keranjang para lelaki dan jamahan tangan para hidung belang. Hijab dan pakaian yang tertutup menjaga mereka dari itu semua.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya ?. Demikianlah Islam mengatur pembahagian tanggung jawab antara manusia, Isteri perlu berbakti pada suami, dan suami perlu berbakti pada ibunya. Suatu keseimbangan yang adil bukan ?
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawasetiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dimintakan pertanggungjawabannya terhadap 4 wanita, yaitu Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Ini beerti, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, tidak kurang tidak lebih yaitu :sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita, hanya saja kita yang sering berprasangka buruk pada-Nya. Lihatlah bagaimana Dia memperlakukan wanita dengan begitu istimewa.
Sahabat - sahabatku yang dicintai sekalian betapa Allah swt itu Maha adil, betapa DIA Maha Penyayang dengan segala sifat Maha KesempurnaanNya di cicipkan rahmatNya buat kita sebagai hamba - hambanya tanpa kita menyedari akan hikmah yang terselindung pada setiap suruhan dan laranganNya. Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Rahman ini yang berulang kali di sebutkan :
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
Maka bukalah mata hati untuk lebih mengerti kerana pada zahirnya kita melihat tanpa memahami dan memprroses membuta tuli. Disinilah letaknya kepentingan ilmu, namun AWAS terkadang salah menaksir ia bisa memakan diri sendiri.
Sahabat - sahabt yang dicintai, akal dan hati turut menerima maklumat yang sama, cuma akal memprosesnya dengan dasar tahu TETAPI hati memproses dengan kemahuan. DAN kerana kemahuan inilah kita akan membuat pilihan untuk diri kita. Pilihan yang dibuat mestilah kita dasari dengan pertimbangan dan sememangnya pertimbangan itu harus dibuat oleh hati dan jiwa yang sedar serta sudah tentu perlukan panduan yang benar. JAWAPAN itu sudah ada pada kita yakni panduan dari Al-Quran dan Hadis.
Janganlah mencipta satu keadaan dimana satu ketika keadaan itu akan menghanyutkan kita dan menenggelamkan kita semula. Sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka mintalah petunjuk dariNya,bukan sahaja untuk hal - hal tertentu tetapi seluruh aspek kehidupan yang merangkumi lahiriah dan rohani. InsyaAllah itulah yang lebih indah, DIAlah sebaik - baik tempat memohon pertolongan, tempat pengaduan dan apa jua kerana DIAlah segala - galanya^_^
Dia menghiasinya dengan kecantikan dan keindahan,
Dia membekalinya dengan kehalusan dan kelembutan,
Dia memeliharanya dari gangguan dan kekerasan,
Dia memerintahkan kaum lelaki (ayah, suami, anak dan saudaranya) untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh hati dan bila perlu mempertaruhkan nyawa untuknya,
Dia memuliakannya dengan panggilan Ibu bagi anak-anaknya,
Dia memberinya keutamaan sebagai sarana penciptaan makhluknya (dengan mengandung dan melahirkan),
Dia memudahkannya dalam beribadah dan meraih syurga,
Dia memerintahkan para pria untuk menikahinya dan memberinya mahar sebagai bukti kesejatian cintanya, dia amanahi pula para pria untuk memenuhi nafkah dan kebutuhannya.
Dia gerakkan hati setiap lelaki untuk menjaga dan melindunginya dari segala mara bahaya, menghiburnya di kala sedih dan menggembirakannya di saat lara.
Sahabat - sahabat yang dicintai,
Adakah Kasih Sayang yang LEBIH BESAR daripada itu, ataukah
Adakah Rasa Cinta yang LEBIH DALAM daripada itu,
Dialah Allah Rabbmu, Tuhan Seru Sekalian Alam.
p/s : Credited to : Inspirasi Taqwa, syukran kepada page ni...ana cuma meng'edit' sedikit namun insyaAllah masih terpelihara sumbernya. =)
Sahabat - sahabat jika ana ada melakukan kesilapan, tegurlah dan nasihatkan ana, jangan dibiarkan ana terus menerus hanyut ya.N tolong tag2 kan ea pada sahabat - sahabat lain....
~Salam Ukhwah (^_^) ~
No comments:
Post a Comment