Thursday, March 10, 2011

Usahlah berduka dan bersedih....

~ Bersedih hati hanya akan memadamkan semangat, melemahkan keazaman dan membeku jiwa.

~ Kesedihan adalah kawan rapat kecemasan.

~ Kesedihan dapat membuatkan hidup menjadi keruh. Ia tidak ubah seperti racun berbisa bagi jiwa yang dapat menyebabkan ia lemah semangat, hilang ghairah dan kacau dalam menghadapi hidup ini.

Bersedih hati itu tidak disuruh dan ia tidak mendatangkan manfaat.

Bersedih itu dilarang. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangalah kamu berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu).” ( Ali Imran (3) : 139)


Tersenyumlah...

Rasulullah SAW mendidik kita.....

“ Tersenyumlah, kerana ianya adalah sedekah.”

“ Sekalipun engkau hanya menjumpai saudaramu dengan wajah berseri.”

Dalam sebuah kitab, Faidhul Khathir, Ahmad Amin menjelaskan seperti berikut : “ Orang yang murah tersenyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang paling mampu berbuat kebaikan, orang yang paling mampu memikul tanggungjawab, orang yang paling tabah menghadapi kesusahan dan menyelesaikan masalah dan orang yang paling dapat mewujudkan hal-hal yang mendatangkan manfaat bagi dirinya sendiri dan orang lain.”

Bukankah kehidupan ini perlu diteruskan dan dilalui dengan ketabahan dan kecekalan. Malah ia harus diwarnai dengan senyuman yang indah dan menawan....

No comments:

Post a Comment