“ Wei , poyolah, nak jadi baik pula” ( ana selalu kene..tp dah biase :D )
“ Mana boleh kawan dengan dia dah la ni, kita ni jahat , dia alim”
“ Rilekslah, benda jahat ni hang bukan buat selalu , sekali sekala ja”
Begitulah di antara perkataan yang biasa kita dengar dari suasana sekeliling kita jika ada sesiapa pun yang ingin melakukan perubahan. Perubahan kepada yang lebih baik.Perubahan yang akan menetukan kejayaan seseorang di kemudian hari . Perubahan yang datang dari keazaman dan tekad yang tinggi , namun diranapkan hanya dengan perkataan remeh – temeh sebegitu.
Pernahkah kita bertanya, milik siapakah sebenarnya diri ini?
Adakah milik tuan empunya itu sendiri atau milik sesiapa sahaja yang ingin memilikinya?
Dipergunakan ibarat seperti sebuah robot yang menurut sahaja perintah tuan punya robot.
Tubuh dan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T itu sebenarnya adalah amanah bagi setiap hamba-Nya dan tidak ada sesiapa pun selain Allah yang menjadi pemilik kepada tubuh tersebut dan dipinjamkan kepada ’tuan’ pemilik tubuh di dunia ini. Allah S.W.T berfirman dalam kitab suciNya
“ Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubah nasib mereka sendiri ”
Jika diperhatikan lebih teliti ayat ini , Allah telah memberi satu motivasi kepada hambaNya bahawa nasib atau masa depan seseorang itu sebenarnya terletak 100% di bawah pilihan insan itu sendiri. Sememangnya Allah telah menentukan jalan kehidupan kita , tetapi ingatlah firman Allah ,
“ Allah mengilhamkan jalan kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya , merugi bagi yang mengotorinya ”
Terpulang kepada kita untuk memilih jalan kita, kepada pengakhiran yang bahagia atau pengakhiran yang diseksa dengan azabNya. Jika kita mahu menjadi sesuatu , maka tidak akan sesiapa yang mampu menghalang. Jadilah seperti apa yang ingin kita jadi . Perubahan itu terletak kepada diri sendiri dan tidak akan ada sesiapa yang mampu merubahnya melainkan diri kita sendiri.
Disamping itu , berdoalah kepada Allah kerana tanpa bantuan dan keizinan dari Allah S.W.T maka sesuatu perkara itu pasti akan mustahil untuk berlaku. Jangan diendahkan apa yang hendak dikatakan oleh insan – insan yang lain kerana bukannya mereka berkuasa ke atas kita dan mereka tidak mampu menghalang kita jika kita sudah bertekad untuk melakukan sesuatu.Jangan putus asa andai di pertengahan jalan kita tersungkur , sebaliknya bangkitlah dengan penuh keyakinan dan jadikanlah kegagalan itu sebagai pemangkin kepada kejayaan kita pada masa akan datang.
Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan insan lain, biarkan mereka dengan kelebihan mereka , kerana kita punya kelebihan kita sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan membebani seseorang itu melainkan hanya dengan kemampuan mereka sahaja.Hanya Dia sahaja yang lebih memahami rahsia kejadian hambaNya. Justeru , jadilah apa yang kita mahu , mimpilah seluas lautan yang terbentang membiru , setinggi awan di langit mega, dan teruskan perjuangan kita tanpa perlu lagi menoleh ke belakang..
Di sini ingin saya kongsikan sedikit kata – kata yang saya dapat dari sebuah video motivasi berbahasa English , sama – samalah kita renungkan.
“ Each one of us on this Earth has it ....
the ability to lead .... and inspire
Sometimes our work feels small and insignificant
But remember, a small ripple can gain momentum....
and build a current that is insurmountable
Begin with one small step ,
Don't let others stand in your way
Walk your own path
Some may laugh ... So what .... Many will follow
Don't ever give up…….
Be positive
What you think , is who you become
Dream…..dream big,
Feel it...
Believe it...
Achieve it...
Whatever your dreams are ....
GO FOR IT !”
::[ Pengukir Kata]::
No comments:
Post a Comment