Friday, April 15, 2011

....SOLAT....

Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba
mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari
sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti
kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan
alasan untuk kita tidak menunaikannya..mengerjakannya..iaitu solat 5
waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat
semua teman firdausi dan juga sy sendiri...

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie
adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana
firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami
tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis
orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan
dosa seperti berikut:

Solat Subuh

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya
ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor

Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan
membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar

Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan
seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina
dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina
dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'

Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia
tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan
Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah
:

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan
agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa
dengan 15 perkara ..

Renung-renungkan lah muslimin dan muslimad yg di kasihi Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment