KEBANYAKKAN hati manusia itu berkarat bagaikan besi,jika tidak dibersihkan maka karat itu akan memenuhi seluruh belahan hatinya.Ada beberapa tanda yang menunjukkan seorang itu berkarat hatinya.
Pertama:mereka tidak merasa sedih ketika ketinggalan melakukan amal baik.
Kedua:tidak merasa menyesal apabila melakukan kesalahan.
Ketiga:selalu berkawan dengan orang yang hatinya sentiasa lupa kepada Allah s.w.t.
Mereka yang berkarat hatinya tidak akan menghiraukan segala nasihat yang memberi faedah kepadanya.Dalam pandangan ahli sufi menganggap mereka jenis ini adalah mereka yang hatinya telah mati.
Cara termudah utk membersihkan hati ialah:-
Pertama:hendaklah sentiasa bersikap zuhud dan tidak mencintai dunia dengan berlebih-lebihan,mencari harta hanya semata-mata utk keperluan hidup beribadat kepada Allah dan mencari kebahagiaan di akhirat.
Kedua:sentiasa melakukan zikirullah dalam setiap kesempatan yang ada,baik lisan mahu pun hati,keduanya sentiasa basah dengan zikirullah.
Ketiga:sentiasa bersahabat dengan para ulama dan wali Alllah,iaitu orang-orang yang hatinya hidup dan ingat Allah serta 'ISTIQAMAH' dalam melaksanakan amal salih.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya segala sesuatu itu ada alat untuk membersihnya,dan alat utk membersihkan hati adalah dengan melakukan zikrullah.(HR Al-Baihaqi r.a.)
Tidak diragukan lagi bahawa hati yang berkarat itu sepertimana berkaratnya tembaga,perak dan lain-lain,bersihkan hati itu dengan melazimkan berzikir kepada Allah.Kerana sesungguhnya zikir akan menerangkan hati bagaikan cermin yang putih berkilau.
Jika hati dibiarkan tanpa zikir maka hati itu akan berkarat,sebaliknya jika zikirullah itu selalu dilaksanakan maka hati akan berkilau.
Jesteru ingatlah bahawa syaitan dan nafsu adalah dua sejoli yang paling berkait rapat dalam menyesatkan manusia.Takhta,harta dan wanita adalah pintu termudah bagi syaitan utk menamakan pengaruhnya terhadap manusia.
IBNU ABBAS r.a berkata:"Syaitan itu mencengkam dikalbu Bani Adam,jika manusia itu lupa dan lalai berzikir kepada Allah maka syaitan itu akan membisikkan pengaruh buruknya,akan tetapi apabila manusia itu berzikir kepada Allah,syaitan itu akan tergesa-gesa lari."
MUSHANIF IBNU ADI SYAIBAH meriwayatkan bahasawanya Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun anak Adam,melainkan pada kalbunya ada dua rumah.Didalam satu daripada keduanya dihuni malaikat,sedang yang lainnya dihuni syaitan.Maka apabila ia berzikir kepada Allah s.w.t.syaitan akan meyelinap lari dan apabila seseorang itu tidak melakukan zikurullah maka syaitan meletakkan muncong mulutnya didalam kalbu manusia kemudian syaitan itu membisikkan pengaruhnya"
Didalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa utk menghindari diri dari tipu daya syaitan adalah cara yang terbaiknya dengan melakukan zikrullah yakni mengingati Allah,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan,maka berlindunglah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was yang mengakibatkan bisikan iblis dan syaitan,mereka terus berzikir kepada Allah,ia ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-salahannya."
(AL-A'RAF AYAT 200-201).
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud:"Hai orang-orang yang beriman,ketika memerangi pasukan musuh,maka teguhkanlah hati kalian dan berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya"
(AL-ANFAL AYAT 45)
Zikir sebagaimana yang dimaksudkan dalam ayat ini lebih sempurna jika disertai dengan JIHAD,sebagaimana yang dijelaskan oleh salah seorang ulama Arifin Billah,AL-IMAM IBNU AL-QAYYIM AZZURJANI R.A. berkata:
"ALLAH S.W.T MEMERINTAHKAN MEREKA BERZIKIR DENGAN BANYAK SEKALIGUS BERJIHAD,AGAR MEREKA BEROLEH KEMENANGAN.
Insya-Allah perkara yang baik disuruh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah paling BAIK utk kita mengamalkan dan menyempurnakan IMAN kita..Dan Renungankan firman Allah s.w.t dalam surah Ali 'Imran ayat 173:
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
Waallahualam....
No comments:
Post a Comment